Assalamualaikum
Kawan-kawan ku sekalian semoga dalam barakah Ilahi. Seminggu dua ni ramai kenalan kita akan ditemuduga oleh SPP. Jadi saya suka sumbangkan di sini sedikit info tentang tonggak 12, jadi bolehlah rakan-rakan sekalian rujuk di bawah ini.
TONGGAK DUA BELAS
1. MENGHARGAI MASA
firman Allah bermaksud:
“Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar”.
2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
Kata peribahasa:
“Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”
3. KESERONOKAN BEKERJA
Menganggap kerja sebagai Ibadat serta berkerja dengan pilihan sendiri dengan komitment dan bersedia memberi kerjasama.
4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN
Amalan pergaulan yang bersih dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Mudah menonjolkan diri mengikut kesesuain masa, tempat dan budaya, agar senang didampingi oleh semua pihak.
5. KETINGGIAN PERIBADI
“Buruk laku itu menambah buruknya amalan, sebagaimana cuka merosakkan madu” (Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali)
6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada wajah kamu atau harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan kamu” (al-Hadith)
7. PENGARUH TELADAN
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain”
” Siapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan siapa yang memberi contoh kejahatan maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat”
8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS
Tekun dan sabar menjalankan tugas merupakan ramuan yang utama, dengan harapan hasil tugasan yang dilaksanakan berkualiti dan sempurna. Berdisiplin serta pilihan sendiri (ikhlas) melakukan tugasan di sediakan ganjaran yang besar di sisi Allah swt
9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT
Berhati-hati bila berbelanja dan cermat serta bertanggungjawab menggunakan hak orang lain serta cakna dan tahu antara keperluan dengan kemewahan
10. KEUTAMAAN KESABARAN
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Sabar itu salah satu daripada cabang iman seperti kepala sebahagian daripada tubuh badan”
11. PENINGKATAN BAKAT
Memberi pengiktirafan dan menghargai idea-idea baru juga penting dalam penerusan kualiti dalam pekerjaan. Di samping itu juga memupuk bakat2 yang ada dan menyediakan persekitaran dan suasana yang dapat melahirkan idea-idea kretif.
12. NIKMAT MENCIPTA
Menikmati kepuasan bekerja dengan idea sendiri yang memberi manfaat kepada semua pihak tanpa melanggar hak hak orang lain.
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan ringkasan tonggak 12 untuk rujukan rakan rakan sekalian