Sakit-sakit dahulu,
Senang-senang kemudian.
Anda mampu memiliki impian,
Jika anda berusaha,
Kerana usaha tangga kejayaan.
Jangan biarkan pisang berbuah
Dua kali.
Jika anda terjatuh lubang pertama kali,
Ikhtiarlah untuk keluar,
Apabila sudah keluar,
Jangan terjatuh atau terjun lagi,
Kerana itu perbuatan orang yang degil
Dan terlampau bodoh.
Berdegillah untuk berjaya,
Keras kepalalah menahan mata,
Kerana tidur menambah dungu,
Lebih baik mati saja.






