Selamat Hari Raya

Posted: September 27, 2010 in Perayaan

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat Hari Raya ‘Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Sudah 18 Syawal kita beraya dan masih ramai lagi sahabat terdekat mahupun jauh yang tidak habis habis membuat rumah terbuka dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Insyaallah semoga usaha yang sedikit menjadi berkat dan mulia di sisi Allah S.W.T. Buat Isteriku yang comel dan sangat baik hati, walau kita terpaksa berjauhan, bersabar dan kuatlah semangat untuk kelagsungan hidup ini. Biarlah Allah menentukan kebaikan buat kita dan membentangkan pelbagai hikmah yang melimpah kelak. Allah menguji tandanya Dia saya pada kita. Kepada sanak saudara yang tercinta di halaman desa, baik di kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh, Kelantan mahupun keluarga mertua di kampung Simpang pelangai, Bentong, Pahang, jika ada kekurangan di sebelah pihak kami, jika undangan tidak sempat dipenuhi haraplah di maafkaan dan diampun segalanya. Sambutan raya kali ini sangat meriah berbanding raya pada tahun sebelumnya, memandangkan tahun ini, tahun pertama saya beraya bersama isteri berbanding ketika bujang dulu. Banyak persiapan menyediakan juadah hari raya dibuat bersama abang ipar dan mertua. Itu satu pengalaman yang baru. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Akhir sekali buat rakan rakan yang saya amat rindui, maafkan saya kerana beberapa majlis saya tidak dapat hadirkan diri, dan pertemuan kita beberapa hari yang lepas sungguh singkat sekali untuk kita bersembang hingga pagi dek tanggungjawab yang banyak untuk saya selesaikan. Terima kasih juga kepada semua yang hadir ke majlis jamuan raya di rumah saya pada raya ke-4 yang lalu. Harap anda semua berpuas hati dengan menu yang kami sekeluarga sediakan. sekian, harap harap ramadhan dan syawal pada tahun depan kita diketemukan lagi.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s