Bismillahirrahmanirrahim pemanis bicara. Lama sungguh saya tak bercerita di laman blog ini. Untuk teman-teman bloger kali ini saya bisa menarik nafas lega, kerana cita-cita saya selama ini insyaallah tercapai untuk menggendong zuriat. Mudah-mudahan Allah swt mempermudahkan segalanya sehingga sampai saat kelahiran, insyaallah 24 may 2011 mengikut jangkaan doktor.
Harapan ku ialah mohon Allah yang maha berkuasa melindungi Isteri dan kandungannya dari sebarang bahaya, maklumlah kami terpaksa berjauhan. Aku di Sarawak, Isteri pula di Kuantan yang sama sekali beliau jauh dari pandangan mata sanak saudara. Hanya semangat dan cita cita yang menemani isteri sepanjang masa. Apa pun doa sentiasa dipanjatkan buat mu wahai isteri, pinta ku kuatkan semangat sepanjang ketiaadan diri ku.
Sekadar itu sahaja leteran kali ini sebagai luahan duka yang terpaksa barjauhan. mohon Allah merahmati kami semua.
I Love U Sayang!!






